Unity, Development, Excellence: The Hira' FA Way
Menjadi sebuah akademi bola sepak akar umbi yang mengutamakan konsep pembangunan bola sepak yang sebenar.
Arah dan tujuan yang jelas.
Misi
Menjadi sebuah akademi bola sepak akar umbi yang mengutamakan konsep pembangunan bola sepak yang sebenar.
Visi
- Memberi peluang bermain semua pemain tanpa mengambil kira tahap keupayaan dan umur.
- Membentuk pemain dalam memahami perkara asas dalam bola sepak.
- Menyertai kejohanan atau liga yang memberi minit permainan kepada pemain.
- Memastikan pemain yang berbakat dapat terpilih di dalam pemilihan akademi tunas atau sekolah sukan.
Asal-usul yang dibina dengan tekad.
Dari pasukan sekolah, berkembang menjadi platform pembangunan akar umbi yang lebih serius.
Permulaan akademi ini hanyalah untuk melatih pasukan bola sepak Sek. Ren. Islam Hira’ Batu Belah Klang bawah 12 tahun.
▪ Pada tahun 2014, En. Muhamad Al-Fateh yang juga guru di Sek. Ren. Islam Hira’ Batu Belah Klang diberi tanggungjawab untuk melatih pasukan bawah 12 tahun SRI Hira’ dibantu oleh rakan beliau iaitu En. Ekhsan Bukharee Bin Badarul Hisham seorang guru KAFA.
▪ Pada akhir tahun 2015, En. Fateh dibantu oleh En. Ekhsan menubuhkan akademi bola sepak dengan kerjasama pihak sekolah di peringkat umur 9 – 12 tahun dengan dikenali sebagai Akademi Sri Hira’ Batu Belah (ASH BB). Pada tahun 2016 penglibatan pelatih diperluaskan lagi untuk peringkat umur 7-12 tahun. Selama 2 tahun perjalanan akademi ini, hanya pemain-pemain dalam akademi akan dipilih untuk mewakili sekolah ke MSSD.
▪ Melihat kepada Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) atau National Football Development Programme (NFDP), konsep latihan di akademi ini perlu diubah untuk memastikan akademi ini lebih serius membangunkan pemain di peringkat akar umbi.
▪ Oleh itu, objektif akademi ini difokuskan pula untuk membawa pemain-pemain yang mempunyai potensi ke pemilihan Akademi Tunas Petaling Perdana di bawah program NFDP.
▪ Selain daripada berlatih, pelatih-pelatih dalam akademi ini juga diberi pendedahan melalui perlawanan persahabatan dan penyertaan dalam kejohanan selain daripada MSSD Klang.
▪ Akademi ini beroperasi dari sudut kewangan melalui kutipan bayaran yuran daripada setiap pelatih. Yuran tersebut digunakan untuk membayar gaji jurulatih, membeli peralatan latihan.
▪ Nama Hira Football Academy atau lebih dikenali Hira FA telah dirasmikan pada 7 Oktober 2017 oleh guru besar pada waktu itu iaitu Puan Wan Norzila Binti Wan Jaafar disaksikan oleh En. Muhamad Al-Fateh Abdul Adzis.
▪ Pada tahun 2020, penyertaan telah dibuka kepada pemain yang bukan daripada SRI Hira’ bagi mewujudkan kumpulan pemain yang lebih besar supaya lebih banyak pemain yang dapat dicungkil bakat.
▪ Hira FA juga telah mengambil jurulatih dari kalangan alumni Sri Hira’ untuk memastikan tarbiah Hira dapat dikongsi bersama melalui platform bola sepak.
Kepimpinan dan pentadbiran.
Barisan jurulatih berlesen.
Ingin mengasah bakat bola sepak anda bersama kami?
Sertai kami untuk pengalaman bola sepak yang tiada tandingan!
Peluang keemasan menanti anda di Hira' FA!
Mari berbincang.
Isi borang ini untuk menyertai dan mendapatkan maklumat lanjut.
Borang ini dihantar melalui FormSubmit (tanpa backend). Submission pertama akan minta anda verify email.